Jumat, 16 November 2012

Jangan lelah dulu.. Kerja tak habis lagi.

www.koprol.com/s/1ixwy


coretan by rkb_zinnirah at 5:17 PM 0 pena
Penat..
Bila dunia seolah mati dalam keegoan dan kepentingan diri
ditambah dengan ragam manusia yang pelbagai
seolah menghenyak diri dan jiwa insan yang lemah seperti ini.

dunia dan akhirat..
keduanya perlu seimbang
akhirat itu matlamat dan arah tujunya..
tapi dunia itulah alatnya..

tanpa dunia, bagaimana akhirat mahu dijejak?
tanpa akhirat, kemana nanti hidupmu akan terbawa?

Lesu....
kudrat yang ada masih mampu untuk dikerah
selagi tangan, kaki, akal, nafas dan semua nikmatNYA masih dapat digunakan
selagi itu pengorbanan dan perjuangan perlu diteruskan

hanya satu yang manjadi kebimbangan
bila sabar mula memberontak dengan ragam manusia
bila jiwa mengadu akan penatnya melayan ego dunia
bila hati menuntut agar manusia dan dunia memahami situasi
bila masa asyik mencemuh mencemburui kita
Ohhhh... sesaknya dada bila itu terjadi.

Tapi, itulah pengorbanan kan?
yang menuntut kesabaran sepenuh jiwa dan raga

Untuk mendapatkan kecintaan Allah yang Super High Class, haruslah meletakkan kesabaran yang Super High Class juga.

Jangan runsing duhai, hati...

Alihkan sikit paradigma dan sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara..
Ubah sudut yang negatif menjadi lebih positif..

Daripada kita pandang air dalam cawan tu sebagai separuh kosong, kenapa tak pandang sebagai cawan yang separuh penuh?

Daripada kita pandang daun yang gugur sebagai daun yang tidak berguna dan hanya menampakkan laman rumah bersepah, kenapa tak pandang daun tu sebagai baja yang akan menyuburkan pohon-pohon lain dan memberi kelainan pada suasana rumah kita?

Kenapa kita asyik memikirkan kesan yang buruk, sedangkan kesan yang baik itu lebih banyak?


pssttt.. MASA pun nak fastabiqul khairat jugak. Nak berlumba-lumba dengan kita untuk buat kebaikan. Kita harus menang, kawan! Jangan biar Masa mengatasi kita. Yosh!

Oh! Semangat!
Senyum!


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Tuesday, October 30, 2012
coretan by rkb_zinnirah at 11:40 PM 1 pena


Tarbiyah tu perlukan pengorbanan..

Kalau tak berkorban, jangan mimpi nak dapat sesuatu yang melebihi jangkaan kita.

Ada satu ketikanya nanti, keadaan memaksa kita melepas pergi perkara yang kita sayang.

Ada ketikanya, keadaan tu tiba dalam keadaan spontan, tanpa perlu berfikir panjang.

Di situlah Allah nak tegur kita, apa benar kita memahami erti perjuangan yang sibuk-sibuk kita canangkan sebelum ni?

Di situlah Allah nak tegur kita, supaya cepat-cepat korbankan sesuatu untuk islam. Allah tak nak kita terlambat dalam mengejar kebaikan.

Di situlah Allah nak tegur, jangan terlalu leka pada sesuatu yang kita sayang hingga lupa nak berbakti pada islam.

Allah memang penyayang kan? Sepantas kilat peringatan tu datang. Belum pun sempat kita nak tergelincir, bantuan Allah dah sampai.

Persoalannya: macam mana caranya kita menerima bantuan yang Allah beri? eerr... ke kita tolak mentah-mentah? Naudzhubillah.

InsyaAllah, perih itu sementara. Kelak manis itu yang kekal.
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
malu tak malu.
Thursday, October 25, 2012
coretan by rkb_zinnirah at 10:24 AM 0 pena


Haarithun ala waqtihi (Menjaga Waktu)

Munazzamun fi syu'unihi (Tersusun dalam urusan)


Okay, blame me please for this failure.


Masa itu kan milik Allah.

Apa hak kita nak lokek masa dengan Allah?


Tak pelik ke, orang lain bagi pinjam pen.
Tapi bila orang tu nak guna kejap pen dia, kita tak bagi?
Ish!


Kalau saya jadi orang yang bagi pinjam pen tu, tentu dah emo (ok, blame me for my impatient).
Tak pasal-pasal pen tu kena rampas. :P (ok, i'm not that bad)

Nasib baik Allah tak macam tu kan?
Kalau tak, apa agaknya jadi pada kita ye?
Naudzhubillah..

Bersyukurlah dengan kasih sayang Allah
Hargai apa yang Allah beri.
Once Allah tarik semua yang Allah beri, kitalah orang yang paling rugi.






p/s: nota keras untuk diri sendiri dan nota lembut untuk orang lain. ;)
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
*hug*
Friday, October 19, 2012
coretan by rkb_zinnirah at 10:14 PM 0 pena
Tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah.

Mengapa perlu bersedih, jika kegembiraan itu mampu kita miliki.

Mengapa perlu lemah jika kita sebenarnya kuat.

Mengapa perlu membiarkan diri kita jatuh terduduk, jika kita mampu berdiri bangkit melawan sakit.

Mengapa perlu kita mengalah, jika kita yakin kemenangan itu milik Allah.


Duhai hati yang tenang,

Bertabahlah dalam mencari redha Allah.

Bukankah kesukaran itu yang menjadikan syurga itu tinggi nilainya?


Bersabarlah! Tika duka hadir menjengah.

Hadirnya cuma sementara.

Perginya nanti ibarat angin lalu.

Tiada kesan mahupun bekas.

Cuma terkesan tatkala ia lalu.


Ya, kekuatan itu hadir, jika keyakinan pada Allah itu ada.

Yakini janji Allah!

InsyaAllah, things will get better.

0 komentar:

Posting Komentar